DIARY ENTRY LINKIES TUTORIAL NEWER OLDER

Ku korbankan segalanya
Tuesday, 31 December 2013 - Permalink - 0 Comments
*Telah ku rela nama & diri menjadi sasaran
Kerana  cinta, aku berkorban..
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana  cinta, aku terpaksa...

*Kerana  cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka..
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

*Biarku tanggung rasa derita
Asalkan Agama, selamat akhirnya.. :')
Yang membantah, hanya berfalsafah
Kerana bimbang suapan harian...

*Dengan menjual nama Tuhan
Lalu kebenaran disingkirkan..
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya...

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini aku bahagia...

Kerana
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga...♥♥♥