|
Ibu...Kasihnya hingga ke Syurga Sunday, 13 March 2016 - Permalink - 0 Comments
MAK..
tak pandai membaca,
tak pandai menulis, tak pernah sekolah..
dulu, saya pernah memberontak,pernah mengeluh, pernah menyalahkan takdir.punyai ibu yang tak tahu membaca, tak pandai menulis, dan punya ibu yang mungkin ada sedikit masalah pendengaran..
pernah dulu, saya malu, melihat ibu2 lain, lancar bacaannya, lancar tulisannya, tapi mak, selalu minta untuk dibacakan sesuatu, selalu minta untuk dituliskan sesuatu,, dan selalu meminta kami, anak anaknya, mengulang kembali apa yang didengarnya..
pernah, ibu saya disindir kerana tidak tahu membaca,
pernah, ibu saya diketawakan sinis kerana selalu salah dengar, pernah, ibu saya diherdik kerana salah tafsir, pernah, ibu saya dilabel bodoh kerana tidak tahu apa apa, pernah, ibu saya menangis tanpa pengetahuan anak2 nya tentang kisah hidupnya..
pernah, saya hampir MELEMPANG seorang insan kerana memandang rendah pada ibu saya, begitu mudah manusia menghukum hanya kerana ibu saya TIDAK PANDAI MENULIS, TIDAK PANDAI MEMBACA, TIDAK PANDAI MENGEJA..
NAMUN, seorang ibu yang tidak pandai banyak perkara itulah, yang selalu diherdik, dipandang sinis,diperlekehkan, berjaya BUAT anak-anaknya menjadi manusia..
23 tahun hidup, mak orang banyak menegur dan mendidik saya, orang yang selalu diherdik itulah, selalu nasihat saya supaya jangan berdendam, selalu pesan pada saya jangan tinggal solat, mak kaya dengan pesanan, kaya dengan senyuman, tapi mak miskin dengan tangisan..
MAK, SATU dalam seribu.. PERMAISURI TERHEBAT,
ibu saya seorang manusia, wlaupun dia tidak tahu apa-apa, tapi dia punya hati dan keinginan untuk kita fahami kedaannya..andai boleh meminta sebelum lahir ke dunia, pasti, ibu saya tidak akan memilih menjadi seorang yg ZERO pada mata insan lain,
untuk kalian, walau macam mana sikap ibumu, jangan sesekali kau rendahkan dia, kerana dia IBU, bukan hamba ABDIMU,,nikmat terbesar dalam hidup ini bukan wang berjuta, tapi doa, senyuman daripada seorang ibu untuk kalian..
ya Allah, berkati ibu-ibu yang sakit melahirkan kami, berkorban jiwa raga untuk kami, berkati mereka ya Allah, berkati mereka..Allahumma ameen
#sayasayangmak
#kopipes
cry emoticon |
bingkisanabadi93@blogspot.com